Home Nasional Warga emas ditahan simpan arak, rokok seludup di kawasan semak

Warga emas ditahan simpan arak, rokok seludup di kawasan semak

7DF039CB-C741-4AF4-B859-461ACA5D6F7B-640x481
Polis Marin Wilayah Satu menahan seorang warga emas (kiri) bersama rokok dan arak bernilai RM152,717 di Balik Pulau, Pulau Pinang semalam.

BALIK PULAU – Taktik seorang pemilik kedai makanan menjadikan stor miliknya yang terletak di kawasan semak sebagai tempat simpanan arak serta rokok seludup terbongkar selepas Pasukan Polis Marin Wilayah Satu menyerbu premis berkenaan di Pantai Acheh, di sini, semalam.

Komandernya, Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, bertindak atas maklumat dan risikan selama sebulan pihaknya berjaya merampas 531 karton rokok dan 688 liter arak yang dianggarkan bernilai RM152,717 dalam serbuan tersebut.

022CC7B5-8977-483A-847C-EC7B8C93F9EE-1024x768
Shamsol.

Jelas beliau, serbuan pada jam 6 petang itu turut membawa kepada tangkapan seorang lelaki tempatan berusia 60 tahun yang juga pemilik stor terbabit.

“Hasil siasatan kita mendapati suspek menjalankan perniagaan kedai makan di rumahnya dan stor terbabit terletak di kawasan semak belakang rumahnya.

D0B0E61D-BA70-4CA9-AE88-BB091EDC0B59-461x1024
Arak serta rokok seludup itu disembunyikan di sebuah stor di kawasan semak belakang rumah suspek.

“Hasil soal siasat mendapati suspek aktif dalam kegiatan pengedaran arak dan rokok seludup itu sejak enam bulan lalu dan barang itu diseludup masuk menerusi jalan darat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Shamsol, siasatan lanjut juga mendapati arak dan rokok seludup itu untuk dijual kepada pemilik kedai runcit sekitar Balik Pulau.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

0b7cdd3100b6b80a643210258d4dd072?s=150&d=mp&r=g
+ posts