Home Dunia Lima anggota Daesh maut dalam serangan udara di utara Iraq

Lima anggota Daesh maut dalam serangan udara di utara Iraq

Lima militan Daesh terkorban akibat serangan udara di Iraq. Foto- namnewsnetwork

IRAQ – Lima anggota kumpulan Daesh terbunuh dalam serangan udara di wilayah Kirkuk, utara Iraq semalam, kata tentera Iraq.

Pasukan keselamatan Iraq melakukan serangan udara ke atas dua tempat persembunyian Daesh selepas pasukan dari Perkhidmatan Counter-Terrorism melihat mereka di kawasan al-Dibis, Kirkuk, kata, jurucakap ketua komander tentera Iraq dalam satu kenyataan.

Serangan udara awal pagi itu membunuh lima anggota Daesh, termasuk dua pemimpinnya, dengan tempat  persembunyian mereka dimusnahkan.

Sejak beberapa bulan lalu, pasukan keselamatan Iraq telah melakukan serangan terhadap militan Daesh sebagai tindak balas terhadap peningkatan aktiviti kumpulan itu.

Keadaan keselamatan di Iraq bertambah baik selepas tentera Iraq mengalahkan IS pada 2017. – NNN-NINA

(http://www.namnewsnetwork.org/?p=165350)