Home Nasional Polis KL pertingkat tahap keselamatan Kedutaan Rusia

Polis KL pertingkat tahap keselamatan Kedutaan Rusia

Ketua Polis Kuala Lumpur, Komisioner Datuk Azmi Abu Kassim .Foto HAFIZ SOHAIMI, 22 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur mempertingkatkan tahap keselamatan di sekitar Kedutaan Rusia di Jalan Ampang, di sini, susulan perkembangan krisis antara negara itu dengan Ukraine.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya akan melakukan rondaan secara berkala selama 24 jam.

Beliau berkata, ia adalah untuk memastikan tahap keselamatan dan ketenteraman awam di kedutaan sentiasa terkawal.

“Setakat hari ini, keadaan di kedutaan terkawal daripada sebarang kejadian tidak diingini,” katanya kepada Bernama hari ini.

Semalam, Presiden Rusia Vladimir Putin mengumumkan operasi tentera telah bermula di Ukraine dan mengarahkan tentera negara itu meletak senjata serta menyerah. – Bernama