KUALA LUMPUR – Kesemua kawasan di Klang dan Petaling yang terjejas berikutan kerja-kerja pembaikan sistem elektrikal di Rumah Pam Bukit Jelutong U8, Shah Alam telah menerima bekalan air bersih sepenuhnya pada jam 6 pagi tadi.
Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.
Sebanyak 41 kawasan di wilayah tersebut mengalami gangguan air selepas sistem elektrikal di Rumah Pam Bukit Jelutong U8 mengalami kerosakan kelmarin. – MalaysiaGazette