Home Politik Penamaan DUN Bukit Kepong: Calon Pejuang pertama tiba

Penamaan DUN Bukit Kepong: Calon Pejuang pertama tiba

PRN Johor Bukit Kepong
Calon Pejuang N.07 Bukit Kepong, Md. Taib Md Suhut pada hari penamaan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di IKTBN Pagoh, Muar, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 26 FEBRUARI 2022.

PAGOH – Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menyaksikan calon Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) pertama yang tiba di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), pagi ini.

Md Taib Md Suhut hadir ditemani penyokong dan pencadang beliau dilihat memasuki IKBN jam 7.50 pagi.

Jam 8.36 pagi, calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Dr Sahruddin Jamal tiba di perkarangan pusat penamaan.

Beliau yang memakai baju Melayu biru tutut ditemani pencadang dan penyokongnya.

DUN Bukit Kepong difahamkan akan menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Pejuang.

PN mencalonkan semula bekas ADUN Bukit Kepong, Datuk Dr Sahruddin Jamal sementara BN mengetengahkan bekas ADUN Bukit Serampang, Ismail Mohamed sementara MUDA mencalonkan pengasas bersama, Nurafiqah M Zulkifli.

Pusat penamaan IKBN Pagoh akan dibuka jam 9 pagi dan ditutup jam 10 pagi.

Lagi menyusul….