Home Ekonomi Ringgit diniagakan pada 4.19-4.21 berbanding dolar AS

Ringgit diniagakan pada 4.19-4.21 berbanding dolar AS

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ringgit dijangka diniagkan di antara RM4.19 hingga RM4.21 berbanding dolar AS minggu depan berdasarkan sentimen pasaran bercampur-campur, kata seorang pakar ekonomi.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, naratif utama tidak akan berubah pada minggu akan datang, pelabur akan menumpukan perhatian kepada perang di Ukraine.

“Memandangkan beberapa siri sekatan, mungkin pasaran mahu melihat bagaimana kerajaan Rusia akan bertindak balas. Buat masa ini, situasinya adalah adalah tunggu dan lihat,” katanya kepada Bernama.

Pada 24 Februari, Presiden Rusia, Vladimir Putin mengumumkan operasi ketenteraan khas di wilayah timur Donbass di Ukraine.

RHB Research dalam nota penyelidikannya berkata mata wang tempatan akan kekal di bawah tekanan memandangkan sentimen penghindaran risiko pelabur serta kekukuhan dolar AS.

Bagi asas mingguan, ringgit mengukuh berbanding dolar AS kepada 4.2005/2040 daripada 4.1845/1870 pada minggu sebelumnya.

Ringgit bagaimanapun diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain bagi asas Jumaat hingga Jumaat.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.1016/1044 daripada 3.1149/1170 pada minggu sebelumnya, melonjak berbanding pound Britain kepada 5.6177/6224 daripada 5.7001/7035 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6966/7005 daripada 4.7578/7606.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 3.6422/6455 daripada 3.6340/6361. – MalaysiaGazette