Home Nasional SPRM beku aset Rohana Rozhan

SPRM beku aset Rohana Rozhan

Rohana Rozhan Tim Leissner 1MDB scandal US$10 million home
Rohana Rozhan. foto CNN

KUALA LUMPUR – Aset dan akaun milik bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan bertindak demikian selepas agensi berkenaan memulakan siasatan ke atas dakwaan pemilikan rumah oleh Tim Leissner yang dibeli menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Rohana turut dilarang membuat sebarang transaksi melibatkan akaun miliknya di United Kingdom (UK).

β€œIa dibuat ketika pihak SPRM memulakan siasatan terhadap dakwaan bekas pegawai bank Goldman Sachs, Tim (Leissner) yang mendakwa telah diugut untuk membelikan sebuah rumah bernilai AS$10 juta di London,” kata sumber SPRM kepada Astro Awani.

Agensi itu dilaporkan membuat arahan pembekuan di bawah Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLA 2001).

Sebagai rekod, Rohana menerusi kenyataan dikeluarkan oleh peguamnya di Tetuan Valen, Oh & Partners semalam, mengesahkan telah memberi keterangan kepada SPRM pada Khamis.

Beliau turut memberi jaminan akan memberikan kerjasama kepada agensi berkenaan.

Sebagai rekod, bekas pengarah Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner mengakui telah menggunakan wang yang diterima daripada 1MDB untuk membeli rumah AS$10 juta (RM41.8 juta) di London untuk kekasihnya ketika itu, Rohana.

Rohana ketika itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Bhd., lapor Bloomberg.

Leissner berkata demikian ketika memberikan keterangan dalam perbicaraan 1MDB membabitkan bekas pegawai Goldman Sachs, Roger Ng yang sedang berlangsung di Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat. – MalaysiaGazette