Home Politik Zahid, Hasni bersarapan bersama

Zahid, Hasni bersarapan bersama

Calon Barisan Nasional (BN) N.53 Benut, Datuk Hasni Mohammad diiringi Presiden BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika hadir bagi menyerahkan borang pencalonan pada hari penamaan calon sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Rumah Umno Benut, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 26 FEBRUARI 2022.

PONTIAN – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
meluangkan masa bersarapan pagi bersama Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad di sini, hari ini.

Beliau yang tiba pukul 8.17 pagi disambut oleh Hasni yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bersama ratusan penyokong parti itu.

Hasni akan bergerak ke pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna Benut yang terletak 300 meter bermula pukul 9 pagi.

Hasni juga Pengerusi Perhubungan UMNO Johor merupakan penyandang kerusi DUN Benut selama tiga penggal sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008.

Pada PRU14 lalu, Hasni menewaskan menewaskan calon BERSATU Zulkifly Tasrep dan Mohd Firdaus Jaafar (PAS) dengan majoriti 4,447 undi.

DUN Benut adalah antara dua kerusi DUN yang terletak di dalam Parlimen Pontian, selain DUN Pulai Sebatang. – MalaysiaGazette