KUALA KRAI – Sebuah bas persiaran yang membawa 21 penumpang jemaah umrah hilang kawalan sebelum terbabas dalam kejadian dekat Kampung Manek Urai Baharu, di sini, pada pukul 6.45 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Suzaimi Mohammad bagaimanapun berkata hanya tiga penumpang sahaja mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.
“Bas berkenaan dalam perjalanan menuju ke Dataran Peladang, di sini, yang jaraknya 10 kilometer (km) dari lokasi kejadian untuk menghantar pulang jemaah dari Tanah Suci yang bertolak dar i Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Mengulas lanjut, Suzaimi berkata ketika kejadian hujan lebat namun keadaan di lokasi adalah jalan lurus dan tiada air bertakung.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.