Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah meminta pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) untuk membatalkan kompaun yang dikenakan terhadap seorang wartawan semalam.
Wartawan tersebut, Wan Kian Yong dikompaun di Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin ketika bertugas sempena Pilihan Raya Negeri (PRNJ) Johor.