Home PRN Johor Saya profesional, bila lawatan kerajaan saya tidak laung ‘Hidup BN’ – Khairy

Saya profesional, bila lawatan kerajaan saya tidak laung ‘Hidup BN’ – Khairy

Khairy Jamaluddin.

SIMPANG RENGGAM – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menegaskan beliau tidak akan mencampur adukkan tugasnya sebagai menteri dan pemimpin parti sebaliknya akan sentiasa bersikap profesional dalam apa keadaan sekalipun.

“Ada ke saya duduk sini dan laung ‘Hidup BN’? Saya jelas ya, lawatan kerajaan itu adalah lawatan kerajaan. Ini saya pakai jaket KKM.

“Lepas ini saya akan ke bilik gerakan parti, saya tukar baju. Jadi, memang jelas. Topi ini pun saya akan tukar (merujuk topi Keluarga Malaysia).

“Lawatan mesti dilakukan, adakah saya datang ke Johor saya tidak pula melawat klinik kesihatan di sini? Saya tidak jadikan tempat ini sebagai pentas kempen. Saya tidak pun berkempen atau beri bantuan di klinik ini. Ini adalah lawatan kerja.

“Alang-alang saya berada di sini (PRN Johor), saya buat juga lawatan kerja. ‘That’s fair’, kalau saya juga tempat ini untuk berkempen, panggil semua doktor dan jururawat undi BN barulah itu salah. Buat lawatan seperti ini, tidak apa kerana ini profesional,” katanya selepas lawatan ke CAC Klinik Simpang Renggam di sini hari ini.

Khairy bercakap dengan pegawai-pegawai dan petugas CAC Klinik Simpang Renggam ketika lawatan ke Johor hari ini.

Beliau berkata demikian apabila di soal adakah beliau yang berstatus Menteri menggunakan peluang tersebut berkempen untuk calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Dalam pada itu, Khairy turut menegaskan, semua prosedur operasi standard (SOP) yang telah dilaksanakan dalam PRN kali ini jauh lebih longgar bagi semua ahli politik bebas berkempen jika hendak dibandingkan dengan PRN Melaka sebelum ini.

“Dulu ceramah tidak boleh, lawat-melawat tidak boleh. Apa lagi kelonggaran yang diharapkan? Saya rasa ini cukup baik,” tegasnya. -MalaysiaGazette