Home Nasional Zahid tuntut Tun M henti memfitnahnya

Zahid tuntut Tun M henti memfitnahnya

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kiri) kelihatan bersalaman Tun Mahathir Mohamad (kanan) selepas selesai solat jumaat di Masjid Putra, Putrajaya. Foto FAREEZ FADZIL, 01 DISEMBER 2017 - Gambar fail.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menuntut Tun Dr. Mahathir Mohamad menghentikan kenyataan yang didakwanya memfitnahnya baru-baru ini.

Melalu satu notis syarikat guaman Messr Shahrul Hamidi & Haziq, Presiden UMNO mendakwa Dr. Mahathir berbuat demikian dalam sesi soal jawab selepas Pelancaran Aspirasi Pejuang bagi Pilihanraya Negeri Johor di Putrajaya pada 23 Februari lalu.

“Susulan dari itu suatu Notis Tuntutan bertarikh 25 Februari 2022 telah dikeluarkan dan disampaikan kepada Yang Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad secara kendiri dan juga secara Pos Berdaftar.

“Sehingga kini kami masih belum menerima apa-apa jawapan daripadanya.

Notis Tuntutan tersebut antaranya menuntut agar dalam tempoh tujuh hari, Yang Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad menghentikan, memadam dan menurunkan penerbitan kenyataan tersebut, menuntut agar suatu permohonan maaf secara bertulis dan terbuka diterbitkan kepada Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi serta beraku janji tidak akan lagi membuat kenyataan yang sama, katanya dalam satu kenyataan.

Baru-baru ini, Dr. Mahathir mendakwa Ahmad Zahid cuba berbaik-baik dengannya semasa krisis politik sebelum ini bagi membantu menyelesaikan masalah mahkamah kerana ketika itu Dr. Mahathir mungkin menjadi perdana menteri sekali lagi.- MalaysiaGazette

VIDEO BERKAITAN:

MGNews: Tun M Dakwa Zahid Pernah Datang Jumpa Dan Cuba Berbaik-Baik