Rakyat tidak akan terus termakan cerita-cerita dongeng atau naratif pihak lawan kononnya pilihan raya diadakan semata-mata untuk menyelamatkan kumpulan ‘kluster mahkamah’ pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.
Ini kerana menurut Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, cerita kluster yang sentiasa menjadi mainan parti lawan itu sudah tidak lagi relevan malah tidak akan memberi apa-apa impak terhadap rakyat ketika ini.