KUALA LUMPUR – Gergasi La Liga, Barcelona menyasarkan pemain bek tengah Manchester United iaitu Eric Bailly sebagai sasaran perpindahan pada musim panas.
Pemain antarabangsa Ivory Coast itu merupakan seorang pemain tengah yang menjadi pilihan keempat Red Devils kerana kedudukannya di dalam kelab itu berada di belakang kapten kelab iaitu Harry Maguire, Raphael Varane yang merupakan pemenang Piala Dunia dan pemenang Liga Juara-Juara sebanyak empat kali, serta kapten kebangsaan Sweden, Victor Lindelof.
Pemain berusia 27 tahun itu telah memulakan satu perlawanan di bawah kendalian bos sementara, Ralf Rangnick.
Namun dia terpaksa digantikan dengan Varane ketiak bertemu Burnley oleh kerana kecederaan yang dialaminya.
Satu-satunya masa permainan lain yang diberikan kepada Bailly di bawah kendalian jurulatih Jerman itu adalah ketika dia menggantikan Lindelof yang sedang bergelut untuk bernafas dalam perlawanan menentang Norwich.
Walaupun pemain United yang memakai jersi nombor tiga itu telah mengisytiharkan bahawa dia telah berjaya mengatasi kecederaan yang dialaminya baru-baru ini, sukar untuk melihat dia bermain melainkan berlakunya krisis kecederaan.
Phil Jones telah bermain selama beberapa minit lebih banyak berbanding Bailly di bawah kendalian Rangnick, yang jelas menyatakan pergelutan yang dialami pemain antarabangsa Ivory Coast itu untuk kekal berada di dalam skuad.
Bailly masih belum beraksi untuk Red Devils pada tahun ini selepas dia kembali dari Piala Negara-Negara Afrika.
Bailly yang jarang berada di dalam kesebelasan utama pasukan telah menarik minat Barcelona, menurut Daily Star.
Sejak Xavi dilantik sebagai pengurus baharu Barcelona, pasukan gergasi yang kekurangan wang itu telah menandatangani tiga pemain Liga Perdana. – Buletin Manchester United
https://www.manchestereveningnews.co.uk/sport/football/transfer-news/bailly-man-united-transfer-rumours-23231278