Home Nasional Bekalan air di Klang pulih jam 4 petang ini

Bekalan air di Klang pulih jam 4 petang ini

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bekalan air di 11 kawasan yang terjejas dijangka pulih sepenuhnya pada jam 4 petang ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd berkata, kerja-kerja pembaikan paip pecah di Jalan Seruling 59, Taman Seri Andalas, Klang telah siap dilaksanakan pada jam 2 pagi tadi dan bekalan air telah mula disalurkan kepada pengguna di kawasan yang terjejas.

Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain, bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

Air Selangor juga menyarankan para pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian dan berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakannya secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan berjalan lancar. – MalaysiaGazette