Home Politik Jentera PN diminta bersurai khuatir langgar SOP

Jentera PN diminta bersurai khuatir langgar SOP

Anggota Polis menyuraikan jentera yang hadir ke Mesyuarat Perikatan Nasional bersama calon sempena Pilihan Raya Negeri Johor (PRN) 2022 di Bilik Gerakan Kota Tinggi, Johor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 01 MAC 2022.

KOTA TINGGI – Jentera Perikatan Nasional (PN) dihalau oleh pihak polis bagi mengelakkan pelanggaran standard operasi prosedur (SOP) semasa mesyuarat parti itu dijalankan di Bilik Gerakan Utama (BGU) PN, Wilayah Timur, Kota Tinggi, petang tadi.

Kesesakan di perkarangan luar bilik gerakan itu sempat dirakam oleh polis.

Polis telah mula memantau kawasan sekitar pada jam 3 jam petang sejam lebih awal sebelum mesyuarat dimulakan.

Anggota polis menyuraikan jentera yang hadir ke Mesyuarat Perikatan Nasional bersama calon sempena Pilihan Raya Negeri Johor (PRN) 2022 di Bilik Gerakan Kota Tinggi, Johor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 01 MAC 2022.

Mereka dipercayai berkumpul untuk bertemu dengan Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Mesyuarat itu dipercayai membincangkan perjalanan kempen calon-calon parti di Wilayah Timur itu dipengerusikan oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah Ketua Wanita PN Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Besar Kedah, yang juga merupakan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bagi membantu calon-calon Wilayah Timur menguatkan strategi berkempen. – MalaysiaGazette