Home Politics Kain rentang provokasi terhadap Muhyiddin tergantung di Buloh Kasap

Kain rentang provokasi terhadap Muhyiddin tergantung di Buloh Kasap

A banner with provocative wordings was hung at a billboard with Tan Sri Muhyiddin Yassin’s picture in Buloh Kasap, Johor.
A banner with provocative wordings was hung at a billboard with Tan Sri Muhyiddin Yassin’s picture in Buloh Kasap, Johor. Satu kain rentang dengan tulisan provokasi digantung pada papan iklan yang memaparkan gambar Muhyiddin Yassin di Buloh Kasap.

SEGAMAT – Memasuki hari keempat kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, sehelai kain rentang berunsur provokasi kepada pihak lawan dipercayai melanggar peraturan kempen dikesan di Segamat pagi tadi.

Kain rentang berwarna putih itu diikat pada papan poster yang memaparkan gambar Presiden Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Kain rentang itu tulis ‘Abah bagus, tapi bodoh hantar calon orang kampung, X suka’ terpampang di persimpangan lampu isyarat mengundang kontroversi dan menarik perhatian pengguna jalan raya di kawasan terbabit.

Tinjauan MalaysiaGazette di sekitar Taman Yayasan dalam kawasan Dun Buloh Kasap pada jam 10 pagi melihat pasukan Penguatkuasa Kempen Suruhanjaya Pilihan Raya (PP-KPR) berada di lokasi kejadian.

Seramai empat anggota pasukan pemantau bersama pegawai polis turut meninjau kawasan dan mencabut kain tentang berkenaan.

MalaysiaGazette difahamkan pihak SPR tiba di lokasi selepas  menerima aduan dan  membuat siasatan awal.

Susulan itu, satu laporan dibuat di Balai Polis Buloh Kasap pada jam 10.40 pagi tadi.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Baharin Mohd Noh ketika dihubungi mengesahkan kejadian namun enggan mengulas lanjut.

Siasatan lanjut masih dijalankan dan laporan penuh menyusul. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.