Home Seni Hidup Ramai gadai emas ketika pandemik

Ramai gadai emas ketika pandemik

Farid Hamidi Mohd. Salleh.

KUALA LUMPUR – Jualan kedai emas di negara ini pernah dilaporkan meningkat selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 hingga mencatatkan lonjakan luar jangkaan ketika fasa pertama pandemik Covid pada 202.

Senario itu mungkin menghairankan kerana ketika itu ramai orang kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan selepas pelaksanaan PKP yang menyebabkan trend atau aliran membeli emas pula semakin naik.

Apatah lagi, trend pembelian emas yang dianggap sebagai pelaburan telah meningkat secara mendadak walaupun harga emas sedang naik pada waktu itu.

Namun, tidak kurang juga yang terpaksa menggadai emas mereka kerana desakan hidup ketika pandemik.

Bagi syarikat barangan kemas, Gull Jewellery, pihaknya memberi layanan sama rata tanpa membezakan status pelanggan yang hadir untuk berurusan.

Pengurusnya, Farid Hamidi Mohd Salleh berkata, pihak sentiasa terbuka dan inklusif terhadap semua lapisan masyarakat untuk membeli atau menggadai emas mereka.

“Tidak kira mana-mana pelanggan yang datang, mereka berpeluang mendapatkan tawaran ditawarkan atau sebaliknya untuk menjual emas mereka atau beli semula.

“Selain itu, kami turut menyediakan perkhidmatan antaranya upah percuma, harga trade in dan beli semula tinggi, perkhidmatan pantas termasuk memperbaiki barang kemas rosak.

“Tidak ketinggalan khidmat mencuci barang kemas dan custom made design mengikut selera dan keperluan pelanggan serta pilihan rekaan juga terkini dan berkualiti,” katanya.

Gull Jewellery adalah syarikat milik bumiputera yang memiliki dua cawangan kedai emasnya dan didaftarkan di bawah syarikat YBS Retail Trading Sdn. Bhd.

Sejak ditubuhkan, kedai itu mula beroperasi di Wangsa Maju pada tahun 2014 dan seterusnya di Shah Alam.

Mengulas lanjut, Farid Hamidi menegaskan, mereka menekankan pelanggan sebagai nadi syarikat walaupun yang datang itu untuk menggadaikan barang kemas mereka.

“Kami percaya pelanggan memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan jenama. Malah kami juga menetapkan piawaian baharu dalam dagangan barang kemas tempatan.

“Kami berusaha untuk memastikan pelanggan pada tahap terbaik mereka dengan melakukan pendekatan untuk memenuhi semua keperluan pelanggan tanpa menjejaskan kelestariannya.

“Tentunya kami menawarkan potongan unik yang halus, mudah dipakai dan beri kepuasan maksimum. Harga kami begitu berdaya saing membolehkan reputasi dikekalkan sebagai peneraju Malaysia dalam peruncitan barang kemas yang dimiliki dan destinasi wajib untuk penggemarnya,” katanya memberitahu maklumat lanjut layari Facebook: https://www.facebook.com/gulljewellery atau https://www.facebook.com/GJSHAHALAM.

Farid Hamidi menambah, jenama itu turut menjangka akan terus menjadi pilihan utama untuk pelanggan dan bangkit menjadi barang kemas tempatan yang terbaik di Malaysia

Seiring dengan itu, pelbagai promosi dianjurkan termasuk antara promosi terdekat bersempena meraikan Aidilfitri untuk pelanggan setia serta VIP.

“Seterusnya kami akan menyediakan lebih banyak promosi besar-besaran untuk pelanggan pada masa akan datang agar terus mengikat kesetiaan ramai pelanggannya,” katanya. – MalaysiaGazette