Home Nasional APMM tahan 4 pekerja sangkar ikan warga Myanmar

APMM tahan 4 pekerja sangkar ikan warga Myanmar

Empat warga Myanmar termasuk seorang wanita ditahan gagal kemukan dokumen pengenalan diri yang sah.

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan empat pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar di sebuah sangkar ikan di kedudukan 0.4 batu nautika timur Pulau Gedong berhampiran Pulau Aman, semalam.

Tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 25 hingga 28  itu ditahan menerusi Ops Pertiwi pada jam 12.10 tengah hari.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, hasil pemeriksaan mendapati empat individu itu merupakan pekerja di sangkar ikan berkenaan.

Abd Razak.

“Bagaimanapun, kesemua mereka gagal mengemukan dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kesemua PATI itu ditahan sebelum dibawa ke Jeti Polis Marin di Batu Uban untuk tindakan lanjut.

“Kes akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1)(c) kerana tinggal dan berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, semua pihak terutamanya pemilik sangkar ikan diingatkan agar tidak menggajikan warga asing tanpa kebenaran.

Lokasi sangkar ikan yang menggajikan PATI di Pulau Gedung, Pulau Pinang.

“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang perairan negara.

“Selain itu, orang ramai diminta untuk menyalurkan maklumat sekiranya terdapat aduan atau kecemasan di laut kepada pihak Maritim Malaysia melalui talian 24 Jam iaitu MERS 999 atau terus hubungi Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang ditalian 04 262 6146. – MalaysiaGazette