Home Nasional Covid-19: Sebanyak 25,854 kes semalam

Covid-19: Sebanyak 25,854 kes semalam

Covid-19 positive cases
Petugas kesihatan melakukan kerja-kerja ujian saringan Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Klinik Anda Kota Damansara, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 09 FEBRUARI 2022.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 25,854 kes positif Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah kumulatif jangkitan virus berkenaan meningkat kepada 3,468,590 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah jangkitan tersebut, 87 kes merupakan  kategori 3, 37 (Kategori 4) dan hanya 28 kes tahap lima.

“Kategori 1  sebanyak 8,877 kes dan kategori 2 berjumlah 16,825 kes (65.08%),” katanya menerusi kenyataan.

Jelas beliau, 25 daripada 152 kes positif yang berada pada kategori 3,4 dan 5 tidak mempunyai sejarah vaksinasi.

Manakala, 89 kes telah menerima dua dos vaksin, ujarnya.

Selain itu katanya sehingga kini, sebanyak 374 kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Dalam pada itu, sebanyak 25,548 kes sembuh direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan berjumlah 3,142,112 kes. – MalaysiaGazette