Tiga notis kompaun berjumlah RM3,000 dikeluarkan penguatkuasa kesihatan kepada penganjur Ceramah Mega Pakatan Harapan (PH) di Bilik Operasi Utama Kota Iskandar di sini malam ini ekoran pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).
Penguatkuasa daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Johor Bahru mengesan pelanggaran SOP tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan fizikal peserta dan tidak melabelkan indikasi laluan masuk dan keluar di lokasi ceramah ketika pemantauan pematuhan SOP diadakan.