“Ibarat pepatah awak yang payah membelah ruyung, orang lain yang beroleh sagunya” itu tanggapan penduduk Kampung Muhibah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh terhadap penyandang di kawasan ini.
Bekas Ketua Kampung Muhibah, Abu Bakar Sulaiman, 77, berkata, sejak parti sebelum ini memerintah di kawasan DUN ini, tiada pembangunan baharu yang dilaksanakan sebaliknya hanya menumpang nama Barisan Nasional (BN).