Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan sebarang pertambahan had masa ceramah dari pukul 10 kepada 12 tengah malam pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor seperti yang didakwa segelintir pemimpin pembangkang.
Sebaliknya kata beliau yang juga merupakan Pengerusi Mesyuarat Menteri Kuartet Covid-19 pihaknya telah mencadangkan had masa ceramah di PRN kali setakat 10 malam dan ianya kekal seperti itu.