Home Utama KJ terkejut tengok banyak kereta tepi jalan di Hospital Serdang

KJ terkejut tengok banyak kereta tepi jalan di Hospital Serdang

Keadaan sesak tempat letak kenderaan di dalam Hospital Serdang pada waktu pagi berikutan tempat letak kereta yang terhad ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital Serdang, Selangor. Foto MUHD NA'IM, 04 MAC 2022.

SERDANG – Menteri Kesihatan memberi jaminan akan menyelesaikan masalah tempat letak kereta yang semakin meruncing di Hospital Serdang.

Khairy Jamaluddin  akan mengadakan perbincangan pihak yang berkenaan terlebih dahulu sebelum untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut.

“Kita akan bincang nanti, satu penyelesaian yang lebih tuntas untuk masalah tempat letak kereta ini.

“Dulu ada cadangan buat tempat letak kereta bertingkat tetapi tidak diteruskan contohnya di  Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan sebagainya jadi kita bincang balik perkara tersebut.

“Saya pun terkejut banyak kereta terpaksa diletakkan di tepi jalan di Serdang ini,” katanya ketika sidang media selepas melancarkan Hari Pendengaran Sedunia 2020 Peringkat Kebangsaan di Hospital Serdang hari ini.

Beliau mengaku menerima banyak aduan berkenaan masalah tempat letak kereta di beberapa biah hospital dalam negara sejak dilantik menjadi Menteri Kesihatan.

“Memang tempat letak kereta menjadi isu yang besar semenjak saya dilantik menjadi Menteri Kesihatan saya terima banyak aduan tentang tempat letak kereta untuk hospital-hospital,” katanya.

Isu tempat letak kereta di Hospital Serdang merupakan telah berlaku sejak beberapa tahun yang lalu.

Sebagai rekod, masalah ini turut berlaku di  Hospital Selayang, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kajang.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Orang dalam kesusahan ada juga yang sanggup kunci tayar . Macam mana otak aku pun tak tahu .

Comments are closed.