MERSING – Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak berkata, semua pihak perlu menunggu hari mengundi pada 12 Mac ini sebelum boleh mendakwa mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah kubu kuat mereka.
Beliau merujuk dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Endau dan Tenggaroh yang terletak di bawah Parlimen Mersing bukan lagi kubu kuat Barisan Nasional.
“Kita tunggulah. Semua orang boleh kata macam-macam, boleh kata ini boleh kata itu dan sebagainya. Tetapi 12 hari bulan nanti kita tengoklah dulu, Tenggaroh dan Endau kubu siapa,” katanya
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis makan malam bersama jentera dan calon Barisan Nasional DUN Tenggaroh dan Endau di Air Papan, Mersing dekat sini malam tadi.
Ahli Parlimen BN Pekan itu ditanya dakwaan Ahli Parlimen Port Dickson semalam bahawa UMNO dan BN sombong serta kedua-dua kerusi DUN itu tidak lagi boleh dianggap kubu kuat mereka berbanding dulu.
Pengerusi Pakatan Harapan ketika jelajah ceramah di Bilik Gerakan Utama PKR di Jalan Jemaluang Bandar Mersing, dulu kedua-dua kerusi DUN itu sebelum ini boleh dianggap kubu kuat UMNO.
Namun katanya, sekarang ia tidak boleh dianggap sedemikian sambil meminta pengundi tempatan bangkit membawa perubahan kali ini. – MalaysiaGazette