Home Politik PKR guna aplikasi Adil pada pemilihan parti

PKR guna aplikasi Adil pada pemilihan parti

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat gimik pelancaran Peluncuran Aplikasi Adil ketika di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Petaling Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 04 MAC 2022.

PETALING JAYA – PKR hari ini melancarkan aplikasi yang akan memudahkan proses pemilihan parti itu.

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, aplikasi itu dibangunkan untuk mendidik ahli-ahli supaya seiring dengan perkembangan teknologi semasa dengan meningkatkan integriti pemilihan.

“Dalam semua perkembangan teknologi tidak melepaskan landasan tunggak perjuangan yang berteraskan prinsip maruah integriti dan pemerintahan baik dan tuntutan islah atau reform yang menjadi landasan.

“Seluruh kepimpinan mesti memilih Adil kerana memudahkan bagi kalangan yang tidak ada akses internet kita bolehkan guna cara biasa untuk mengundi macam biasa,” katanya pada majlis pelancaran Adil di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Katanya, konsep baharu itu perlu didedahkan kepada semua ahli parti agar ia dapat memberi kemudahan kepada mereka.

Dalam masa yang sama Anwar berkata, aplikasi ini akan dapat mengelak berlakunya kesesakan di pusat pengundian, sekali gus meningkatkan risikok jangkitan Covid-19.

Selain memudahkan proses pemilihan parti, aplikasi Adil berkenaan juga berfungsi untuk mengemas kini daftar pemilih dan persetujuan sebagai Pemilih Atas Talian (PAT).-MalaysiaGazette