Kira-kira 3,000 penduduk di Kampung Bendehara dan sekitar sudah hilang sabar berikutan penutupan jalan utama menghubungkan ke pusat bandaraya dan laluan ke sekitar Kampung Melayu Majidee yang masih belum boleh dilalui.
Masalah yang berlanjutan lebih lima tahun itu juga menjadikan penduduk sukar untuk ke destinasi kawasan sekitar.