KUALA LUMPUR – Ketua juri di Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36), Datuk Mokhzani Ismail menjelaskan vokal penyanyi, Marsha Milan yang tewas kepada Aina Abdul untuk kategori Vokal Terbaik, malam tadi.
“Antara Aina dengan Marsha, perbezaan markah mereka sangat tipis. Tapi, kita (juri) menilai dari semua sudut nyanyian.
Menurut Mokhzani, teknik vokal penyanyi perlu dilihat dengan secara meluas dalam satu pertandingan.
“Ia bukan sekadar melontar vokal, tapi lebih luas dari itu. Tidak syak lagi, hampir semua penyanyi sudah memberikan persembahan terbaik. Contohnya, Khai Bahar dan Aina, mereka adalah pasangan yang serasi. Harmoni mereka sangat sebati dan terasa di jiwa.
“Namun, apabila kita nilai dari semua sudut, untuk vokal terbaik ia berpihak kepada Aina dan sedikit lebihan markah daripada Marsha,” katanya.
Aina yang menang kategori itu menerusi lagu Sepi ciptaannya sendiri berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 serta trofi. – MalaysiaGazette