PRN Johor: Hilang Kepercayaan…60 Ahli PKR Tinggalkan Parti Mahu Sertai BN

Seramai 60 ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) dari cabang Sembrong dan Ranting Kahang bertindak keluar parti dan berikrar untuk menyokong calon-calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Malah kumpulan anak muda ini juga ada antaranya merupakan pengundi baharu dan golongan muda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kahang itu bertindak demikian ketika empat hari lagi sebelum pengundian kerana mendakwa hilang kepercayaan terhadap parti sejak pandemik melanda negara.