Home Nasional PRN Johor | SPR benar buka pelitup muka ketika ceramah

PRN Johor | SPR benar buka pelitup muka ketika ceramah

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menyampaikan ucapan pada ceramah kelompok DUN Semeran dan DUN Sri Medan sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Bilik Gerakan BN PDM Lubok, Batu Pahat, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 03 MAC 2022.

JOHOR BAHRU – Selepas lebih seminggu kempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berlangsung, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan satu lagi kelonggaran iaitu mana-mana pihak yang ingin berceramah tidak lagi perlu memakai pelitup muka.

SPR dalam kenyataan berkata, kelonggaran itu berkuatkuasa hari ini.

Menurut SPR, pindaan prosedur operasi standard (SOP) tambahan itu dibuat berdasarkan cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Bagaimanapun, peserta yang hadir ke program ceramah atau syarahan hendaklah sentiasa memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter antara satu sama lain.

Artikel berkaitan:

SPR sebelum ini menetapkan program berbentuk ceramah, syarahan atau kempen dibenarkan di dalam dan perkarangan pejabat parti dan bilik gerakan rasmi dengan jumlah kehadiran peserta tidak melebihi 100 orang.

Selain itu, waktu berkempen dan ceramah yang dibenarkan hanya sehingga jam 10 malam.

Namun, SPR pada 2 Mac membenarkan sebarang aktiviti ceramah, syarahan dan kempen sempena PRN Johor boleh diadakan hingga jam 12 tengah malam.-MalaysiaGazette