Home Sukan Wooi Yik positif Covid-19

Wooi Yik positif Covid-19

Pemain beregu badminton, Soh Wooi Yik positif Covid-19.

KUALA LUMPUR- Pemain badminton beregu negara, Soh Wooi Yik positif Covid-19 dan disahkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Beliau bagaimanapun tidak bergejala dan dalam keadaan baik.

Mengikut protokol kuarantin Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN), beliau kini menjalani tempoh pengasingan diri.

Dalam pada itu, pasukan bimbingan dan perubatan BAM akan sentiasa memantau proses kesihatan pemain berusia 24 tahun itu sebelum memutuskan penyertaannya di All England yang dijadualkan berlangsung dari 16-20 Mac ini di Birmingham.

Pasukan BAM juga mendoakan semoga Woii Yik cepat sembuh.-MalaysiaGazette