Home Politik Ramai sebak ketika Najib tandatangan SD sokong Muhyiddin – Shamsul Anuar

Ramai sebak ketika Najib tandatangan SD sokong Muhyiddin – Shamsul Anuar

Najib Razak menandatangani SD untuk menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

JOHOR BAHRU – Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) mendedahkan ramai Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang hiba sehingga ada yang mengalir air mata apabila Datuk Seri Najib Razak sanggup menandatangani surat akuan menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, betapa besarnya jiwa Najib biarpun ketika itu sudah berulang alik ke mahkamah.

”Hatinya sabar. Berjiwa besar. Kental jiwanya,

“Namun…,” Shamsul Anuar yang mengingat semula detik selepas Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang selepas 22 bulan memerintah.

Reaksi itu diluahkan Shamsul Anuar selepas Muhyiddin dilaporkan melabelkan Najib seorang yang cerdik berbohong ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat semalam.

Muhyiddin berkata, Malaysia bernasib baik kerana Barisan Nasional (BN) tumbang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan Najib tidak lagi menjadi perdana menteri.

Sekiranya senario itu tidak berlaku, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh itu sangsi skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) akan disiasat oleh kerajaan.

“Bayangkan jika Pekan masih Perdana Menteri. Saya tidak fikir dia akan tubuhkan sebuah Pasukan Petugas Khas untuk mencari wang dan aset 1MDB yang hilang kerana yang menghilangkan wang dan aset itu pun dia.

“Jadi benarlah Pekan ini seorang yang cerdik – cerdik berbohong,” katanya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Sebak gembira kerana projek kembalikan kuasa akan bermula . Macam anak dara disuruh kahwin pura pura tak nak tapi hatinya mau . Orang UMNO bijak berlakun siapa tak kenal pengalaman 70 tahun hidup menipu cari kesempatan diri sendiri

  2. sebak gembira sebab UMNO jadi kerajaan haha bukan pembangkang.
    Kalau bukan Muhyiddin sape?dia Timbalan UMNO.Jadimmg layak dari hirarki.
    Tak de pilihan lain masa tu..

Comments are closed.