KUALA LUMPUR – Sebanyak 79 kematian diakibatkan jangkitan Covid-19 direkodkan semalam.
Dalam masa yang sama 19 kes adalah kematian di luar hospital.
Sehingga kini, jumlah keseluruhan kematian akibat virus berkenaan dalam negara adalah 33,384.
Johor menjadi negeri tertinggi merekodkan kematian terbaharu iaitu 16 kes, diikuti dengan Kedah (13); Perak (13) dan Selangor (11).
Pahang dan Sabah masing-masing lima kes, Kelantan empat kes dan Melaka pula tiga kes. Pahang (5); Sabah (5); Kelantan (4); dan Melaka (3).
Manakala Pulau Pinang dan Putrajaya masing-masing mencatatkan dua kes, Negeri Sembilan pula satu kes.-MalaysiaGazette