Home Nasional Pindaan akta judi dibentang di Dewan Rakyat tahun ini – Hamzah

Pindaan akta judi dibentang di Dewan Rakyat tahun ini – Hamzah

Johor State Election GE15 Hamzah Zainudin
Hamzah Zainudin

KUALA LUMPUR – Pindaan kata bagi hukuman dan penalti lebih berat operator atau penganjur tidak dilesenkan dan pemain akan dibentangkan tahun ini.

Jelas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, pindaan berkenaan bagi menambah baik usaha membanteras kegiatan perjudian tidak berlesen.

Dalam masa yang sama ia bagi memastikan undang-undang yang diguna pakai adalah relevan dengan perubahan modus operandi sindiket perjudian terutama perjudian dalam talian.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut dibabitkan dalam kajian undang-undang berkaitan perjudian yang sedang dijalankan oleh Kementerian Kewangan (MOF), untuk ditambah baik supaya sentiasa selaras perkembangan semasa,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif (BN) di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Hamzah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan tindakan siasatan dan penguatkuasaan manakala Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberi bantuan teknikal, termasuk pembekalan maklumat bagi tujuan siasatan dari sudut analisis forensik digital.

Ujar Hamzah, setakat ini, SKMM telah menyekat sebanyak 5,476 laman sesawang perjudian sejak 2016 hingga 31 Januari lalu.

“Usaha ini bagi membendung kegiatan terbabit daripada menular,” tambahnya.

Katanya lagi, Op Dadu yang dilaksanakan polis juga antara komitmen berterusan kerajaan untuk membanteras dan melumpuhkan kegiatan perjudian dalam talian.-MalaysiaGazette