Home MGNews PRN Johor: Pekan Koboi , Renggam Mahukan Pembangunan, Wakil Rakyat Diminta Dekati...

PRN Johor: Pekan Koboi , Renggam Mahukan Pembangunan, Wakil Rakyat Diminta Dekati Rakyat

Segera bangunkan bandar Renggam seperti Simpang Renggam”, itu suara yang dibangkitkan oleh penduduk Renggam yang telah menantikan pembangunan di kawasan itu sejak sekian lama.

Anak jati Renggam yang telah menetap selama 80 tahun, Masirun Tumin berkata, sejak dia dilahirkan di situ, pembangunan di bandar itu masih sama dan dilihat semakin malap seakan bandar koboi atau bandar mati walaupun masih berpenghuni.