Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang diminta merujuk kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin sebelum mengeluarkan kenyataan mengenai pemahaman politik Islam dalam kalangan penduduk di negeri itu.
Pengerusi Veteran UMNO Johor, Datuk Othman Jais berkata, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu pernah menjadi Menteri Besar Johor selama dua penggal dan memahami bahawa ajaran Islam diamalkan dengan baik di negeri itu.