Home Utama Dua rumah musnah sepenuhnya akibat tanah runtuh – Bomba

Dua rumah musnah sepenuhnya akibat tanah runtuh – Bomba

Keadaan melawat di kejadian tanah runtuh ketika tinjuan Malaysia Gazette di Taman Bukit Permai2 Ampang, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA'IM, 11 MAC 2022

KUALA LUMPUR – Dua buah rumah musnah sepenuhnya dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2 dekat sini semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, kedua-dua buah rumah berkenaan merupakan yang paling hampir dengan lereng bukit.

“Mangsa ketiga, keempat dan kelima yang meninggal dunia merupakan penghuni dua rumah berkenaan. Mereka cuba keluar dari tempat kejadian tapi tidak sempat dan ditimpa tanah,” katanya ketika sidang media di sini hari ini.

Jelas Norazama, pihak bomba akan terus berada di lokasi bagi memantau perkembangan semasa.

“Selepas ini kita akan bersedia memantau situasi sebab bergantung dengan cuaca,” katanya lagi.

Sebagai rekod, insiden  tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2 dekat sini berlaku pada petang semalam telah meragut empat nyawa dan menyebabkan seorang cedera ringan.

Selain itu  difahamkan, sebanyak 15 buah rumah dan 10 kenderaan turut terjejas.

Operasi mencari dan menyelamat  kelima-lima mangsa yang dilaporkan tertimbus itu bermula sebaik bomba menerima panggilan kecemasan pukul 5.54 petang dan berakhir pada 1.59 pagi tadi. -MalaysiaGazette

+ posts