Home Politik Gelanggang PRN Johor dikuasai BN, PN dan PH – Hamidin

Gelanggang PRN Johor dikuasai BN, PN dan PH – Hamidin

Perang bendera diantara parti yang bertanding dapat menghangatkan lagi suasana walaupun baru memasuki minggu pertama kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 04 MAC 2022.

MERSING – Parti-parti kecil seperti parti Warisan, Parti Bangsa Malaysia (PBM) atau Pejuang dijangka tidak mampu menarik peratusan undi yang banyak secara keseluruhannya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor esok.

Felo Penyelidik Ilham Centre, Prof. Madya Dr. Hamidin Abdul Hamid juga tidak melihat parti-parti kecil berkenaan mampu memenangi sebarang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini.

“Secara kesleuruhannya saya lihat PRN kali ini berlandaskan pertembungan tiga penjuru paling utama iaitu membabitkan parti Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan juga Pakatan Harapan (PH).

“Parti-parti kecil seperti Pejuang, Warisan atau PBM tidak mampu meraih peratusan undi yang banyak atau sebarang kerusi DUN kecuali parti MUDA.

“MUDA mempunyai peluang menang di kerusi DUNĀ  Puteri Wangsa serta di kawasan Kempas atau di Kukup tetapi saya juga melihat PBM dan Warisan tidak akan mampu kali ini,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika ditemui di Mersing malam tadi.

Tambah Hamidin, kemungkinan besar calon-calon daripada parti kecil akan kehilangan wang deposit.

Menurutnya, saingan antara parti-parti itu menyaksikan hanya wujud antara dua parti utama iaitu BN dan PN malah ia lebih menjurus kepada kawasan majoriti pengundi Melayu.

“Kalau kita lihat parti-parti utama, persaingan mereka adalah tertumpu di kawasan majoriti terutama kawasan majoriti pengundi Melayu saingan adalah antara PN dan BN.

“Tetapi bagi bagi PH saya rasa DAP akan membawa cabaran utama terutama kerusi-kerusi DUN di kawasan bandar.

“Dalam konteks itu saya melihat bahawa komponen PKR akan berdepan dengan banyak masalah untuk mendapatkan kerusi yang sama semasa PRU terdahulu dan begitu juga dengan parti Amanah,” ujarnya.

Tegas Hamidin lagi, PH akan lebih diwakili oleh DAP manakala PN akan diwakili Bersatu dan BN akan diwakili oleh UMNO dan ketiga- tiga parti ini akan mendominasi undi.-MalaysiaGazette