KUALA LUMPUR – Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah akhirnya bergelar bapa apabila mengesahkan isterinya telah selamat melahirkan anak pertama mereka.
Berita gembira itu dikongsi di Instagram dengan memuat naik status isterinya Noor Suzana Abdul Manaf telah selamat melahirkan anak lelaki.
“Alhamdullilah isteri saya sudah selamat melahirkan bayi lelaki jam 1.37 pagi 10/3/2022. Berat bayi 3.86 kg (kilogram),” tulisnya semalam.
Hafizh, 27, berkahwin dengan Suzana, seorang model pada Disember 2017. – MalaysiaGazette