Home Sukan TMJ sudah keluarkan cek untuk kos baiki rumput Stadium Nasional

TMJ sudah keluarkan cek untuk kos baiki rumput Stadium Nasional

275529525_2239477146215572_1903099745316399031_n-e1646984567552-640x577
Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers.

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengotakan janji beliau untuk membantu menaik taraf Stadium Nasional, Bukit Jalil apabila sudah menandatangani cek bagi menukar rumput di ‘kandang’ Harimau Malaya itu.

Urusan menandatangani cek dilakukan Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu selepas mengumumkan akan menaja kos penanaman rumput baharu di stadium berkenaan semalam.

“Tunku Ismail sudah menandatangani cek untuk padang baharu Zeon Zoysia di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Pemeriksaan di Stadium Nasional akan dilakukan pada 19 Mac 2022 sebelum meneruskan persiapan terakhir dengan Perbadanan Stadium Malaysia.

“Syarikat padang dan kru penyelenggaraan padang Stadium Sultan Ibrahim sudah bersedia untuk memulakan kerja,” jelas satu kenyataan di Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers.

Walaupun tidak menyatakan berapa kos sebenar, TMJ sebelum ini dilaporkan berkata beliau membelanjakan kira-kira RM1.4 juta untuk padang di Stadium Sultan Ibrahim. – MalaysiaGazette

c8082ad5b097f8d19268f76d22f1f996?s=150&d=mp&r=g
+ posts