Home Nasional 12 wanita antara 18 ditahan, disyaki terlibat sindiket pinjaman wang tanpa lesen

12 wanita antara 18 ditahan, disyaki terlibat sindiket pinjaman wang tanpa lesen

PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Polis Selangor menahan 18 individu warga tempatan termasuk 12 wanita disyaki terlibat dalam sindiket pinjamanan wang tanpa lesen dalam serbuan di sebuah premis di Kajang dekat sini, Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, ACP Azman Ali berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya telah menyerbu sebuah premis di Jalan Pasir Emas, Sungai Chua, Kajang pada 10.20 pagi dan bertindak menahan kesemua individu yang berumur lingkungan 18 hingga 52 tahun itu.

Azman berkata, sindiket tersebut dipercayai telah beroperasi sejak enam bulan lepas.

“Hasil pemeriksaan, pihak kami turut merampas dokumen dan barangan antaranya komputer; fail mengandungi dokumen peminjam; kad ATM pelbagai bank dan wang tunai berjumlah RM21,598,” katanya dalam kenyataan.

Azman berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 yang membawa hukuman denda tidak kurang RM250,000 dan tidak melebihi RM1 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – Bernama