Home Nasional 76 kematian baharu Covid-19

76 kematian baharu Covid-19

Sebahagian pesakit Covid-19 yang dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di MAEPS, Serdang, Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 18 MEI 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 76 kes kematian dilaporkan akibat jangkitan Covid-19 semalam.

Jumlah itu termasuk 21 kes yang meninggal dunia di luar hospital.

Angka kematian tertinggi dilaporkan di Kedah dengan 15 kes, diikuti Selangor (14), Perak (10) dan Johor (8).

Manakala Negeri Sembilan dan Sabah masing-masing lima, Kuala Lumpur (4), Perlis dan Pulau Pinang masing-masing tiga.

Negeri Kelantan, Melaka, Pahang dan Sarawak masing-masing mencatatkan dua kes serta Terengganu satu.

Pertambahan itu menjadi angka kes kematian akibat pandemik tersebut terus meningkat kepada 33,643.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 32,800 kes Covid-19 dilaporkan semalam termasuk 32,259 penularan tempatan dan 541 kes import.

Setakat lewat malam tadi, kes aktif tambah sebanyak 8,280 menjadi 322,700.

Kes yang dirujuk ke hospital sebanyak 8,858 dengan 380 di tempat di unit rawatan rapi.

Daripada jumlah itu 231 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Manakala 310,351 dikuarantin di rumah dan di Pusat Kuarantin Rawatan Covid-19 (3,111).

Kes sembuh yang direkodkan semalam sebanyak 24,444 dengan kes sembuh kumulatif 3,418,443.

Negara merekodkan sejumlah 3,747,611 kes jangkitan Covid-19. – MalaysiaGazette