Home Politik BN menang di Kahang dan Paloh, cabar keputusan di Bukit Batu

BN menang di Kahang dan Paloh, cabar keputusan di Bukit Batu

Calon BN Dun Kahang, R Vidyananthan.

SEMBRONG – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri N31 Kahang, R Vidyananthan menang dengan majoriti lebih besar berbanding PRU-14 sebanyak 6,698 undi tidak rasmi sebentar tadi.

Setakat ini, DUN Kahang merupakan kerusi pertama MIC yang diumum menang oleh Vidyananthan yang juga Pengerusi MIC Johor.

BN telah mempertaruhkan Vidyananthan yang menang dengan 10,486 undi, mengetepikan calon Perikatan Nasional, Daud yang sekadar memperoleh 3,788 undi.

MIC juga dikatakan ‘hampir menang’ untuk kerusi DUN Kemelah dan DUN Tenggaroh manakala satu lagi kerusi Bukit Batu yang calonnya, S Suppayah mahu kiraan semula selepas kalah dengan jumlah 115 kepada calon PKR.

Dua lagi calon, iaitu Rosdi Amir daripada Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG) dan Rohani Banu (Pakatan Harapan), masing-masing memungut 273 serta 2,181 undi.

Selain Kahang, DUN Paloh yang juga berada di bawah Parlimen Sembrong di sebut telah menang daripada DAP ketika ini melalui calon MCA, Lee Ting Han. -MalaysiaGazette