JOHOR BAHRU – Parti Pas kalah di 14 daripada 15 kerusi yang ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Parti itu menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) di DUN Maharani, Muar dengan majoriti 1037 undi.
Bagaimanapun Pas terlepas DUN yang disandang sebelum ini iaitu di DUN Bukit Pasir.
Kerusi DUN Bukit Pasir sebelum ini dimenangi calon Pas, Najib Lep dengan mendapat 9,835 undian pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Beliau mengalahkan pesaingnya dari Barisan Nasional (BN), Noriah Mahat dengan majoriti 1,883 undian.
Dalam PRN Johor calon BN Mohamad Fazli Mohamad Salleh memenangi kerusi tersebut menewaskan Ketua Pemuda PAS Kawasan Pagoh, Mohd Nor Iqbal Razak.-MalaysiaGazettePAS
Pas kalah sebab orang Johor tak faham politik Islam kahkahkah
BETUL….SEBAB PERASUAH DAN TERIMA RASUAH MASIH DIANGGAP SUCI DAN BUKAN DOSA DAN MAKSIAT….maka RAMAILAH YANG TERUS BERSUBAHAT MENYOKONG….KERANA TIDAK PANDAI BEZA YANG MANA KACA DAN PERMATA