Home Nasional Tak rasmi: Kubu kuat Muhyiddin milik BN

Tak rasmi: Kubu kuat Muhyiddin milik BN

Calon Barisan Nasional (BN) N.09 Gambir, Sahrihan Jani bergambar selepas berkempen di majlis perkahwinan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Kampung Sawah Ring, Bukit Gambir, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 05 MAC 2022. Foto HAZROL ZAINAL, 05 MAC 2022.

MUAR – Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kerusis Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir yang pernah ditandingi Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Keputusan tidak rasmi menyaksian calon BN, Sahrihan Jani berjaya mendapat 7,747 undi menewaskan orang kuat Muhyiddin, Mohd Solihan Badri yang mendapat 4,674 undi.

Sementara calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Naim Jusri mendapat 4,208 undi dan calon Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Suraya Sulaiman hanya mendapat 215 undi.

Pada PRU-14 yang lalu, Muhyiddin yang ketika itu bertanding sebagai calon Pakatan Harapan menang kerusi DUN Gambir dengan majoriti 3,088 undi menewaskan calon BN, Datuk M. Asojan dan calon Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed. – MalaysiaGazette