MUAR – Penyadang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong, Datuk Dr Sahruddin Jamal mendahului undi di kawasan itu.
Keputusan tidak rasmi mendapati bekas Menteri Besar Johor itu memperoleh 3,067 undi.
Sementara calon Barisan Nasional (BN), Ismail Mohamad memperoleh 2,635 undi.
Calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Norafiqah M Zulkifli dengan 1,334 undi.
Jauh di belakang adalah calon Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Md Taib Suhut dengan hanya 74 undi. – MalaysiaGazette