Home Politik Aznan pertahan kubu kuat BN, peroleh majoriti besar

Aznan pertahan kubu kuat BN, peroleh majoriti besar

PENGERANG – Aznan Tamin berjaya mempertahankan kubu kuat Barisan Nasional (BN) selepas memperoleh majoriti 5,903 bagi kerusi N39 Tanjung Surat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, hari ini.

Aznan yang mendapat 9,850 undi berjaya meninggalkan jauh tiga pencabarnya, Samat Atan (Pejuang) Rosman Tahir (PKR) dan Cikgu Selamat Ujud (PN) dalam pertandingan empat penjuru.

Cikgu Selamat hanya memperoleh 3,947 undi, disusuli dengan Rosman Tahir (800) dan Samat (110).

Keputusan rasmi bagi kerusi N39 Tanjung Surat itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO), Shamsul Ariff Sulaiman di Dewan Serbaguna Taman Bayu Damai, di sini.

Selain mempertahankan kerusi tradisi BN, Aznan turut berjaya menambah jumlah majoriti undi berbanding penyandang kerusi itu sebelum ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Mac 2018, Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Surat dimenangi calon BN, Datuk Syed Sis Syed Abdul Rahman dengan majoriti 4,522 undi.

Syed Sis yang memperoleh 9,614 undi menewaskan pencabarnya daripada PKR, Zamil Najwah Arbain dengan 5,092 undi dengan pertandingan dua penjuru. – MalaysiaGazette