Home Nasional Penjawat awam terima suapan RM13,000 didakwa esok

Penjawat awam terima suapan RM13,000 didakwa esok

sprm

KUALA LUMPUR –  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang penjawat awam dipercayai menerima wang suapan kira-kira RM13,000 sebagai balasan tidak meneruskan siasatan dan melepaskan individu yang ditahan atas satu kesalahan jenayah.

Sumber SPRM berkata, lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada Jun 2020.

Suspek yang bertugas di sebuah daerah di Selangor ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira pukul 4 petang tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim yang mengesahkan penahanan tersebut berkata,  kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret, Shah Alam dekat sini pukul 9 pagi esok untuk permohonan reman.-MalaysiaGazette