Home MGNews MGNews: Hakim Mohd Nazlan Hilang Kelayakan Kerana Jadi Saksi Penting 1MDB-Mohamed Shafee

MGNews: Hakim Mohd Nazlan Hilang Kelayakan Kerana Jadi Saksi Penting 1MDB-Mohamed Shafee

Hakim yang mendengar dan menjatuhkan hukuman kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, Mohd Nazlan Mohd Ghazali mempunyai konflik kepentingan diri kerana memainkan peranan dalam pinjaman 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Berdasarkan hujah berkenaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, peguam yang mewakili Datuk Seri Najib, menegaskan bekas Hakim Mahkamah Tinggi itu sepatutnya menarik diri kerana telah hilang kelayakan.