JOHOR BAHRU – Majlis angkat sumpah pelantikan Menteri Besar (MB) Johor ke-19 dikatakan akan berlangsung jam 3 petang ini.
Meskipun tinggal beberapa jam lagi, nama calon Menteri Besar Johor masih menjadi tanda tanya.
Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan.
Namun, pengamal-pengamal media terus berkampung di hadapan istana untuk memastikan setiap perkembangan dapat dilaporkan.
Pelantikan Menteri Besar Johor menjadi tanda tanda selepas tiada majlis angkat sumpah selepas 24 jam Barisan Nasional (BN) menang besar dalam Pilihan Raya Negeri Johor pada Sabtu lalu.
Penantian itu meresahkan apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar petang semalam tidak mengulas pertemuan tersebut.
Tiada juga kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahmad Zahid.
Namun, kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad selepas beberapa jam pertemuan Ahmad Zahid dengan istana mengejutkan banyak pihak.
Hasni dalam kenyataannya tiba-tiba mencadangkan ‘orang muda’ untuk memimpin negeri Johor.
Kenyataan ini sungguh di luar jangka dan mengejutkan banyak pihak memandangkan sejak awal lagi nama Hasni memang disebut-sebutkan akan dikekalkan sebagai Menteri Besar Johor.
Meskipun ketika kempen, nama Datuk Mohd Puad Zakarshi cuba dikaitkan untuk merebut jawatan itu namun Ahli Dewan Undangan Rengit dan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat itu dengan tegas menafikannya.
Sebaliknya, Mohd Puad dalam wawancara dengan MalaysiaGazette menegaskan beliau tidak berminat untuk memegang jawatan itu mahupun Exco.
Lagipun, Mohd Puad dipercayai bukan ‘orang muda’ yang dimaksudkan oleh kenyataan Hasni.
Dalam kekalutan itu, tiba-tiba nama nama Datuk Onn Hafiz Ghazi pula oleh banyak pihak.
Onn Hafiz adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Machap dan pernah menjadi Pengerusi Pelancongan, Belia dan Sukan Johor.
Cuma, sehingga berita ini ditulis, Onn Hafiz belum membuat sebarang menafikan walaupun dikatakan ada desakan dan cabaran untuk beliau menafikan.
Malah, difahamkan setakat ini juga, beliau juga belum merujuk kepada parti dan Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor untuk menyangkal spekulasi berkenaan.
Sikap berdiam diri Onn Hafiz ini dikatakan telah menimbulkan tanda tanya banyak pihak.
Cuma, daripada maklum balas rakyat dan pengundi Johor mahupun orang ramai di media sosial, ada yang terkilan dengan situasi yang berlaku ini, bahkan ramai yang mempersoalkannya.
Akibatnya, UMNO dan Barisan Nasional turut terpalit.
Ternyata kenyataan rendah diri Hasni semalam tidak dapat diterima secara bulat-bulat mahupun meredakan hati pengundi-pengundi dan warganet yang masih tidak faham apa yang sedang berlaku di Johor.
Bahkan, kenyataan penuh tertib Hasni bahawa ” InsyaAllah di bawah kepimpinan baharu, negeri Johor akan menjadi lebih makmur dan sejahtera” mencetuskan simpati mendalam terhadap bekas Menteri Besar Johor itu selepas kemenangan besar BN dalam pilihan raya negeri Sabtu lalu.
Lebih-lebih lagi apabila beliau menyatakan tiada ideologi politik, ahli politik dan parti politik yang lebih besar, lebih penting dan lebih utama daripada Johor Darul Ta’zim.
Tiada apa yang boleh dipanjangkan cuma bicara Hasni dalam kenyataan itu menggambarkan keikhlasan dan kasih sayangnya beliau terhadap negeri dan rakyat Johor mengatasi segala-galanya. – MalaysiaGazette
apa NAK MALU …..inilah perangai kamu juga Sharir dan puak2 umNONGOK…dari ZAHID dan sebahagian MT jadi MUNAFIK KERANA MENIPU DAN MUNGKIR JANJI….berkata ZAHID /AHMAD MASLAN/TOK MAT….tiada yang akan dinamakan selain HASNI calon tunggal bakal MB JOHOR
hANYA BERITA PALSU kami nak lantik FUAD
rakyat sebelum ni sudah kenali KETUA MUNAFIK NEGARA DAN NOMBOR2 EKOR…akhirnya virus ini merebak pada Parti RASUAH NEGARA umNO
maka PADAN MUKA mereka yang masih bersubahat menyokong mengundi PERASUAH2 terutama dalam prn johor…..sebab RASUAH bukanlah DOSA dan MUNGKAR MAKSIAT dikalangan umNONGOK…malah ia SANGAT SUCI dan diPERLUKAN…..MALU APA BOSSKU
UNTUK MENJAGA KEMALUAN…..ZAHID MUNAFIK yg belajar dari ANWARFIKUN DAN MT2 umNONGOK AKAN BERI ALASAN kehendak SULTAN….
APALAGI FUAD BERANI DILETAKAN DUN RENGIT BERBANDING TEMPAT ASALNYA PENGGARAM.yang terus diungguli DAPIGS….
.RASUAH RASUAH PUJAAN HATI umNOngok dan penyokong tegar TOTOK
lihatlah nanti masa PAU mereka semua akan BERLAGAK HERO2 TAMIL untuk bangsa dan negara
ingat MENIPU ingat umNO